Thursday, May 28, 2009

Tumbangnya Syaitan Merah di tangan Empayar Catalan

(Gambar diambil daripada ESPN)

Stadium Olimpico,Rome
Kehidiran: 72,700

Barcelona....................2
Eto'o '10
Messi '70

Manchester United.....0

-SNL

Click here for more details

Wednesday, May 27, 2009

Aku mengantuk sekarang

sebab tu aku jot down entri ni...

sambil diperhatikan oleh... 

karikatur buruk seorang wanita cantik... 

yang baru aku lukis tadi...

Tuesday, May 26, 2009

Deja-V00

Iskandar,28  sedang duduk ditepi gigi air di Pantai Morib sambil memerhatikan member-membernya yang lain bermain air bersama-sama couple masing-masing. "Siyot korang,dapat awek terus lupakan aku eh. Tapi rasa rugi pulak kalo takde awek time-time macam nih", keluh Iskandar seorang diri lalu teringat pada Rozana,gadis yang meninggalkannya 3 bulan lalu kerana terpikat pada lelaki yang lebih kaya dan sudah berumur."Ah,itu kisah lama, life must go on bro", bisik Iskandar pada dirinya.

Sedang Iskandar melilau melihat orang disekelilingnya, tiba-tiba matanya terpana melihat seorang gadis yang cun paras rupanya sedang duduk berseorangan sambil bermain gigi air. Lalu sebagai lelaki yang desperate Iskandar pun pergi duduk di sebelah wanita itu dan memperkenalkan diri. Kot-kot la boleh bawak join member-membernya bermain air. Gadis itu pun memperkenalkan dirinya sebagai Liza, 26. Lalu mereka pun berbual panjang...

Iskandar : Eh,lama-lama kita borak ni, awak datang sorang ke atau datang dengan kawan-kawan?
Liza : Taklah,datang dengan family
Iskandar : Ooo,mana family awak?
Liza : Ada tu ha tengah main air dekat sana tu, saya malas nak join diorang, penat la (sambil menunjuk ke arah ayah dan adik-adiknya)
Iskandar : Wah, seronok satu family pegi pantai macam ni. Ayah saya dulu, memang sori la kalau dia nak bawak saya pegi pantai macam ayah awak ni,haha (Iskandar berseloroh sambil mengutuk bapaknya sendiri tanpa sedar)
Liza : Hehe, mesti la, kalau awak nak tau, ayah saya tu memang sporting orangnya tau.
Iskandar : Kalau macam tu, jom la join kitorang main air kat sana
Liza : Tak mau la
Iskandar : Kenapa pulak? Tadi awak kata ayah awak tu sporting kan? Mesti dia tak marah punya, kita bukan buat benda tak baik pun
Liza : Awak ni, ayah saya tu memang la tak marah, tapi husband saya mesti marah
Iskandar : Hah, husband, awak dah kawin ke???

Tiba-tiba orang yang Liza bahasakan sebagai "AYAH" itu menjerit memanggilnya, "Ayang, jom la main air dgn kitorang, seronok tau,rugi tau kalau you tak join!!!". Sambil tangannya melambai ke arah tempat Liza dan Iskandar duduk...

Iskandar : Aaayang...???

...TAMAT...

Monday, May 25, 2009

Warming down di Tasik Shah Alam bersama Manusia Itu

Tiap-tiap weekend petang normally aku akan jogging dekat Tasik Shah Alam (paparazzi take note okay,catch me if u can). Dan biasanya aku akan berjogging bersama Manusia Itu (MI). Lepas jog biasanya kitorang akan warming down dengan cara melakukan zina mata seperti mengflirt hot girls dan hot mums yang lalu ada di sana

Aku : Aku tak paham la
MI : Pesal kau tiba-tiba tak paham nih?
Aku : Ye la, pesal apa awek yang cun tu pegi couple dengan pengkid, lelaki kan ramai kat bumi ni? Dengan aku pun bole kalau dia mau (Kata aku sambil menudingkan jari ke arah satu couple wanita+"lelaki")
MI : A'ah la, aku pun tak paham
Aku : Eh, kenapa pulak ko pun ikut tak paham sama?
MI : Ye la, pada aku awek yang couple dengan pengkid ni memang rugi besar 
Aku : Maksud kau?
MI : Pengkid tu bukannya ade p***s pun utk *melakukan tugas-tugas meniup, takde otak!

Aku no comment tapi hati aku menyiakan kata-kata MI....*sigh*

Tuesday, May 12, 2009

Panahan wanita cantik terhadap ego & orgasma seorang lelaki

Sudin (bukan nama sebenar) sedang makan tengahari di sebelah meja sekumpulan perempuan yang memang tak dapat di nafikan kecantikan mereka. Kemudian Sudin menjeling sikit untuk melempiaskan nafsu jantannya. "Wow, bra Hello Kitty. Pergh, dengan pakaian menjolok mata macam ni sori la diorang ni nak jadi bini aku" Sudin berkata pada kawannnya dengan nada yakin. Macam kau tu ahlil tabligh dekat Seri Petaling.

Lepas lunch Sudin straight forward balik ke ofis. Kot-kot boss nampak dia balik lunch awal, boleh upgrade sikit KPI tahun nih. On the way back to ofis, tiba-tiba Sudin berasa seperti dirinya sedang diekori. Hati Sudin berkata "ahah,bau wanita!!!". Lantas Sudin berpaling ke belakang and yes, seorang salesgirl yang cun berpakaian ala-ala Japanese pitgirl datang pada Sudin dan di belakangnya ada aura yang langsung mengaktifkan kuasa orgasma yang ada dalam diri Sudin.

"Ni mesti nak jual ape-ape nih" kata Sudin. Agakkan Sudin tepat. Salesgirl itu adalah penjual rokok Winston special edition, beli satu dapat 1 free lighter dengan 1 kotak cover yang lawa. Setelah dipujuk rayu untuk beberapa ketika, Sudin pun membeli rokok itu dengan harga rm8.90. dan balik ke ofis

Semasa di lif, barulah Sudin tersedar...."sebab apa aku beli rokok ni?"

..."aku bukannya seorang smoker"...

Sementara itu di rumahnya, salesgirl itu tersenyum melihat komisyen untuk hari ini sambil mengenang nasib lelaki macam Sudin dan sudah semestinya macam aku jugak

"63% of all statistics are made up... including this one" - Dilbert


Aku ada meeting semalam. Bos aku mahu tahu status kerja aku sudah banyak mana siap. Aku katakan yang aku sudah siap 80%. Boss aku balas "Ok, so i put down 50%". Aku cakap "What? i just told you 80%?" Then boss aku cakap "63% of all statistics are made up, i believe it's including yours". Muka dia macam main-main tapi macam serius pun ada jugak. Cheit!!!Ape punye boss la.

Pagi ni boss aku tanya lagi soalan yang sama. Aku jawab "150%" dengan muka yakin tapi macam main-main jugak. Boss aku gelak dan membalas "Nice!!!". Aku lega dia ok dan boleh percaya walaupun sebenarnya aku punya 150% tu still merupakan made up statistic aje...aku berkata dalam hati "Nasib baik kau boss aku"

Sunday, May 10, 2009

Andainya ada ruang untuk aku memecah kuantum masa

Satu hari aku duduk menghadap rancangan Seven Wonders of Ancient Rome @ Discovery Channel. Kemudiannya aku berfikir tentang apa yang aku sedang lakukan dan apa yang sedang berlaku pada tahap evolusi diri aku sekarang ini. Andai ada peluang untuk aku menembusi ruang masa, mahu saja aku berpatah semula ke salah satu titik kehidupan aku pada masa lalu. Pasti akan aku ubah segalanya supaya aku jadi lebih baik daripada diri aku hari ini. Tetapi persoalannya, apa pula yang aku perlu ubah? Perlukah aku letakkan diri aku di hadapan segerombolan askar roman yang berkelajuan super-pantas demi untuk menakluk dunia?

Andai ini semua berlaku, tidak akan ada metafora megatakan yang hidup ini adalah satu perjudian!!! Yang penting, fikirkan tentang bagaimana caranya kau mahu menang walaupun dengan kad yang sebegini buruk...open your mind, use your illusion

Wednesday, May 6, 2009

Apa Kata Pengarang...

Huarghh!!! (menguap besar)...selepas bertahun-tahun menyimpan hasrat, akhirnya aku dapat bangun dari tidur untuk menulis blog sendiri. Bukan apa, selama ini aku sangat malas untuk menulis apatah lagi untuk berblog. Namun, setelah diracuni oleh kawan-kawan, aku berazam mahu bertukar menjadi rajin menulis mulai esok  (walaupun sedikit). 

So malam ini aku mahu meraikan "lazy party" sebelum aku menjadi rajin. Aku mahu menjadi "super-malas" pada hari ni supaya aku boleh malas untuk kali terakhir dan bertukar menjadi rajin pada esok hari. Ini membuatkan aku sangat malas untuk menulis post ini sekarang. Jadi, maaflah...entry sampai setakat ini saja. See you in da next entry

Akhir kata, Salam perkenalan buat pembaca semua.... (sambil tersenyum)