Last year aku follow member aku, Eddy, balik ke kampung halamannya yang terletak di sebuah tempat di dalam Malaysia. Cantik beb. Sawah, dusun, gunung, air terjun semua cukup. Kampung idaman aku ni.
Di sana aku sempat berkenalan dengan seorang member baik kepada Eddy. Seorang ustaz yang baru seminggu balik dari Syria. Eddy kata kat dulu time sekolah perangai ustaz ni memang syaithonirrajim. Siap kantoi skodeng khemah budak pompuan lagi. Tapi la ni dah jadik ustaz (wa respek la sama lu ustaz). Terasa segan lak bila jumpa ustaz dengan baju aku ada gambar censored. Ahh, rilek boy, at least aku tak penah skodeng khemah pompuan....
Then kitorang pun decide untuk duduk borak kat kedai makan. Kebetulan dekat kampung Eddy tu ada 1 restoran baru 4 hari dibuka, dinamakan restoran XXX.
Restoran XXX dibuka betul-betul disebelah satu lagi restoran YYY. Menurut Eddy, YYY memang dah lama dan memang dah established kat area situ. Pelanggan tetap restoran YYY memang ramai. Lauk pauk, menunya, memang diakui best of the best (Eddy yang cakap). Nak makan pun kena berdiri dulu sebab kena tunggu giliran meja yang clear. Nasib baik takde kaunter amik nombor giliran. (melampau la pulak)
Sampai je kat area kedai makan tu, aku tengok memang betul XXX berjiran dengan YYY. Pelanggan YYY bukan main ramai. Pada aku location restoran XXX tu memang tak kena. Hati aku berkata pada XXX. "Memang slag la lu orang bukak kat sini"
Eddy : Kita makan kat YYY la, wa rindu la dengan asam pedas dia. Wa kalau makan asam pedas ikan pari dia memang licin wa kerjakan, dengan batang-batang daun kesum tu wa tibai habis!
Ustaz mencelah
Ustaz : Di, aku rasa elok makan kat kedai XXX la, aku nampak ada "sesuatu" yang tak sedap dipandang kat YYY tu.
Aiseh, potong la. Dah la asam pedas adalah feveret aku, kena pulak bila Eddy bakar line. Tapi, ustaz-ustaz macam ni memang boleh nampak apa yang kita tak nampak. Kepala aku dah terbayang toyol hijau mencangkung atas meja sambil makan sepinggan dengan pelanggan. Aku dah telan air liur kempunan asam pedas best tapi pada masa yang sama bulu roma aku naik jugak sebab "sesuatu" tadi. So sebagai seorang yang nipis ilmu agamanya, aku dengan Eddy pun follow la ustaz tu makan di restoran YYY. Ok gak la, tapi Eddy cakap asam pedas YYY lagi mantap. Takpe lah, ada "sesuatu" disana la bongok, tak reti-reti bahasa "orang tua" ni...
Dalam kereta ustaz, on the way balik rumah :-
Eddy : Ustaz, apa yang kau maksudkan dengan "sesuatu" tadi?
Ustaz : Aku nampak ada monyet lambai-lambai tangan ajak orang masuk. Aku rasa mungkin sebab tu la ramai orang masuk. Kau nak masuk?
erk...meremang bulu roma aku, aku rasa Eddy pun sama jugak. Apatah lagi, makanan restoran YYY dah sebati dengan darahnya.
Aku : Ala ustaz, sebelah kau ni pun monyet jugak ape? kah kah kah (mengutuk Eddy lalu ketawa besar. Eddy pulak menyumpah aku dengan perkataan yang melambangkan sejenis binatang haram)
Ustaz : Astaghfirullah, tak baik menyamakan manusia dengan haiwan
aiyakkk...aku dengan Eddy terkedu...diam, insaf sekejap...
..........Bersambung..........
Keluaran akan datang
SIRI BERCAKAP DENGAN USTAZ Bahagian II - Dan Sebenarnya
.jpg)
kalau ku tau dulu ku skodeng khemah pompuan masa perkhemahan unit beruniform sekolah menengah
ReplyDeleteustaz tuh mengkedukan ko??
ReplyDeletexdapat la merasa asam pedas ye./.
aku nk pekena asam pedas batu pahat. tp mslhnye sebelah kuil. agak2 ada 'monyet' melambai2 x??
ReplyDeletebagus ustaz tu sekolahkan kau
ReplyDeleteALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!
ReplyDeleteTenang-tenangkan diri..
Sila layari http://manatuhanallah.com
Terima kasih
Krulayar