Anda adalah seorang bujang, berumur 26 tahun dan ke atas, dan anda pergi ke kenduri kahwin...
Kajian menunjukkan bahawa 88.3% perbualan akan berkisar tentang perkara berkaitan dengan tajuk entri ini. Jadi, kemungkinan untuk perkara ini berlaku kepada anda adalah amat tinggi.
Soalan 1 : Kau bila lagi?
Kalau jawapan negatif...
Soalan 2 : Calon dah ada?
Kalau jawapan negatif jugak...
Soalan 3 : No more question sebab
Kita akan disekolahkan tentang kehidupan dan masa hadapan
Ayat biasa yang akan terpacul daripada mulut si penanya ialah "kau tu pun dah (umur kita) tahun!!!"...
Dan kelas akan semakin lanjut untuk bersurai kalau orang yang bertanya itu semakin lanjut usianya...
Kajian juga menujukkan bahawa 56.5% akan mendengar dan mereka mungkin akan layan, angguk kepala, dan senyum sikit-sikit manakala 72.1% akan mengutuk semula di belakang si Penanya
Tetapi amaran untuk si Penanya.
Kalau yang anda tanya itu adalah seorang emotional dan kurang bijak mengawal diri, anda mungkin akan menerima padah apatah lagi jika mereka-mereka ini dalam mode loser dan kecewa....huhuhu...
Jadi, apa kata anda???
*segala statistik di atas adalah mengikut kepala hotak aku
.jpg)
aku dah lama tak pergi kenduri kawen kawan2.
ReplyDeletealaa,cakap je,kawen dah
ReplyDeletenikah belom
oooh berBLOG juge ko akhirnye ye. blog tapir kesepian ke hape. muahahaha
ReplyDeletecepat2 le kawin beb, umur pun dah lanjut (ckp org,sendiri pun lanjut). time2 joging kat tasek tu tu ko buat2 la terlanggar chickies, pastu ayat la. kehkehkeh
aku sebat 'maxis' tu kang. jgn lambat sgt!!
ReplyDelete