Tuesday, June 23, 2009

SIRI BERCAKAP DENGAN USTAZ Bahagian I

Last year aku follow member aku, Eddy, balik ke kampung halamannya yang terletak di sebuah tempat di dalam Malaysia. Cantik beb. Sawah, dusun, gunung, air terjun semua cukup. Kampung idaman aku ni.

Di sana aku sempat berkenalan dengan seorang member baik kepada Eddy. Seorang ustaz yang baru seminggu balik dari Syria. Eddy kata kat dulu time sekolah perangai ustaz ni memang syaithonirrajim. Siap kantoi skodeng khemah budak pompuan lagi. Tapi la ni dah jadik ustaz (wa respek la sama lu ustaz). Terasa segan lak bila jumpa ustaz dengan baju aku ada gambar censored. Ahh, rilek boy, at least aku tak penah skodeng khemah pompuan....

Then kitorang pun decide untuk duduk borak kat kedai makan. Kebetulan dekat kampung Eddy tu ada 1 restoran baru 4 hari dibuka, dinamakan restoran XXX.

Restoran XXX dibuka betul-betul disebelah satu lagi restoran YYY. Menurut Eddy, YYY memang dah lama dan memang dah established kat area situ. Pelanggan tetap restoran YYY memang ramai. Lauk pauk, menunya, memang diakui best of the best (Eddy yang cakap). Nak makan pun kena berdiri dulu sebab kena tunggu giliran meja yang clear. Nasib baik takde kaunter amik nombor giliran. (melampau la pulak)

Sampai je kat area kedai makan tu, aku tengok memang betul XXX berjiran dengan YYY. Pelanggan YYY bukan main ramai. Pada aku location restoran XXX tu memang tak kena. Hati aku berkata pada XXX. "Memang slag la lu orang bukak kat sini"

Eddy : Kita makan kat YYY la, wa rindu la dengan asam pedas dia. Wa kalau makan asam pedas ikan pari dia memang licin wa kerjakan, dengan batang-batang daun kesum tu wa tibai habis!

Ustaz mencelah

Ustaz : Di, aku rasa elok makan kat kedai XXX la, aku nampak ada "sesuatu" yang tak sedap dipandang kat YYY tu.

Aiseh, potong la. Dah la asam pedas adalah feveret aku, kena pulak bila Eddy bakar line. Tapi, ustaz-ustaz macam ni memang boleh nampak apa yang kita tak nampak. Kepala aku dah terbayang toyol hijau mencangkung atas meja sambil makan sepinggan dengan pelanggan. Aku dah telan air liur kempunan asam pedas best tapi pada masa yang sama bulu roma aku naik jugak sebab "sesuatu" tadi. So sebagai seorang yang nipis ilmu agamanya, aku dengan Eddy pun follow la ustaz tu makan di restoran YYY. Ok gak la, tapi Eddy cakap asam pedas YYY lagi mantap. Takpe lah, ada "sesuatu" disana la bongok, tak reti-reti bahasa "orang tua" ni...

Dalam kereta ustaz, on the way balik rumah :-

Eddy : Ustaz, apa yang kau maksudkan dengan "sesuatu" tadi?

Ustaz : Aku nampak ada monyet lambai-lambai tangan ajak orang masuk. Aku rasa mungkin sebab tu la ramai orang masuk. Kau nak masuk?

erk...meremang bulu roma aku, aku rasa Eddy pun sama jugak. Apatah lagi, makanan restoran YYY dah sebati dengan darahnya.

Aku : Ala ustaz, sebelah kau ni pun monyet jugak ape? kah kah kah (mengutuk Eddy lalu ketawa besar. Eddy pulak menyumpah aku dengan perkataan yang melambangkan sejenis binatang haram)

Ustaz : Astaghfirullah, tak baik menyamakan manusia dengan haiwan

aiyakkk...aku dengan Eddy terkedu...diam, insaf sekejap...


..........Bersambung..........

Keluaran akan datang
SIRI BERCAKAP DENGAN USTAZ Bahagian II - Dan Sebenarnya

Monday, June 22, 2009

Aku Kalau Dah Bosan Sangat...Ni La Yang Aku Tulis

pak din, driver keter mercedes aku suh aku bid satu no plat special nih

dia kata ini nombor KL, harga tinggi, ada "ong" pulak tu

ermmm...aku memang tak paham

tapi jiwa aku yang putih suci ni mengatakan yang nombor ni mungkin ada "ong" nya

ya, aku akan tunggu nombor ni kuar nanti dan beli dengan harga rm2.50 sebakul with free gift

>>>>> WTF 69 <<<<<

Sunday, June 14, 2009

Aku Sebagai Kapten Kapal Ini Memberi Pesanan Ringkas Sambil Perut Dipenuhi Nasik Minyak & Air Sirap

Semalam last day cuti skolah, last day juga untuk jemputan kawen aku yang beratur panjang, jauh lebih panjang daripada jarak larian marathon olimpik...burp!!! (sendawa kekenyangan)

Tahun lepas aku dapat 21 jemputan dalam tempoh 3 minggu. Tahun ni pencapaian agak merosot dengan hanya 13 jemputan sahaja untuk tempoh yang sama. Maklum la, umur-umur macam aku ni, ramai kawan-kawan yang dah ada pasangan, ekonomi masing-masing pun dah boleh dikira stabil, rasa dah mampu pikul tanggungjawab, apa lagi?setel down je la korang semua...

Disebabkan jemputan yang banyak ini, korang semua mesti terpaksa "korbankan" banyak kenduri atas alasan masa, kerja ataupun jarak perjalanan kan? Macam aku jugak la...Nak buat macam mana, kita merancang aje, kalau boleh, memang semua kenduri aku nak pegi..Disini aku memohon ampun kepada yang aku tak dapat hadir ke kenduri perkahwinan mereka. Aku doakan perkahwinan korang semua bahagia fiddunya wal akhirah. Ingat ya, Life won't be easy for you all after this, tapi aku yakin rakan-rakan artis aku yang kawen semua sebab diorang dah ready to bring title & responsibilities as husband and wife, ye tak?

Bagi yang belum kawen atau masih single, OUR time will come, haha....So cheer up guys.... Yam Sennggg!!!

-Ucapan Tamat-

Wednesday, June 10, 2009

Sincerely...

dalam banyak-banyak feedback yang pernah aku terima pasal blog ini

aku paling suka 2 feedback ini

- "ayat dalam blog aku skema dan jiwang"
(datang daripada wanita yang aku rasa paling terer main futsal kat malaysia ni)

- "sebagai orang yang belum berkahwin, aku kena tapis ayat dalam blog aku ini"
(datang daripada isteri seorang kawan aku)

dua opinion ini mmg kontra habis!

anyway, thanks for your sincere opinions folks, I do really apperaciate them :)

ermm...means aku sekarang sedang berada di tengah-tengah. kalau atas kapal, aku maybe dh jadik kapten macam luffy. paling kurap pun jadik PR

papepun, ini lah aku. lelaki yang selalu bertanyakan kepada diri sendiri tentang berbagai-bagai soalan termasuklah

"siapa aku sebenarnya"

...ketawa sendiri...

Tuesday, June 9, 2009

The Pilgrims II - Rebranding

Salam sejahtera...

selepas melalui beberapa siri pengovulasian, aku akhirnya mengambil keputusan untuk membuat penjenamaan semula dan bertukar ke alamat ini. Maaflah tak dapat memberitahu semua orang, aku cuma update few "rakan-rakan artis" aje. Rileks la, alangkan mak aku pun aku tak bagitau tau, percayalah...

sebab rebranding adalah kerana nama ini adalah lebih 'aku' berbanding nama lama tu,huhu...

poyo tak? aku sendiri pun geli dengan ayat ni, apatah lagi korang kan?...haha...

so, selepas gostan beberapa langkah

aku akan memacu ke hadapan semula....

sila beri tunjuk ajar... :)

Monday, June 8, 2009

Sekadar menulis untuk menghilangkan perasaan mengantuk

Selesai sudah 3 hari 2 malam didalam kereta

Jelajah pantai timur bersama kumpulan pejuang berani makan telah berjaya dilaksanakan. Menyerang rumah kenduri kawen, sambil menahan kesabaran kerana berbagai sebab!

err....

Tapi harini aku mengantuk pulak time kat ofis. Nasib baik boss bagi "antidot" untuk cargas semula.

So, ini malam aku mau balas dendam. Sleeping balance brought forward from last wednesday

JANGAN KACAU ARR...

Wednesday, June 3, 2009

Bila lagi kau nak kawen?

Anda adalah seorang bujang, berumur 26 tahun dan ke atas, dan anda pergi ke kenduri kahwin...

Kajian menunjukkan bahawa 88.3% perbualan akan berkisar tentang perkara berkaitan dengan tajuk entri ini. Jadi, kemungkinan untuk perkara ini berlaku kepada anda adalah amat tinggi.

Soalan 1 : Kau bila lagi?

Kalau jawapan negatif...

Soalan 2 : Calon dah ada?

Kalau jawapan negatif jugak...

Soalan 3 : No more question sebab

Kita akan disekolahkan tentang kehidupan dan masa hadapan
Ayat biasa yang akan terpacul daripada mulut si penanya ialah "kau tu pun dah (umur kita) tahun!!!"...
Dan kelas akan semakin lanjut untuk bersurai kalau orang yang bertanya itu semakin lanjut usianya...

Kajian juga menujukkan bahawa 56.5% akan mendengar dan mereka mungkin akan layan, angguk kepala, dan senyum sikit-sikit manakala 72.1% akan mengutuk semula di belakang si Penanya

Tetapi amaran untuk si Penanya. 
Kalau yang anda tanya itu adalah seorang emotional dan kurang bijak mengawal diri, anda mungkin akan menerima padah apatah lagi jika mereka-mereka ini dalam mode loser dan  kecewa....huhuhu...

Jadi, apa kata anda???

*segala statistik di atas adalah mengikut kepala hotak aku

Tuesday, June 2, 2009

Musim orang kawen tiba lagi, kami mau makan free setiap weekend

Huh...biasa la, every year pada bulan 6, budak-budak sekolah dapat cuti pertengahan tahun selama lebih kurang 3 minggu. Serentak dengan itu jugak, banyak la pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Dan ketika itu jugak la aku akan dapat jemputan kawen yang bertubi-tubi. (aku sure yang tengah membaca ni pun sama jugak kan?)

Takpe, at least ada jugak benda aku nak buat untuk 3 minggu yang akan datang. Sebelum ni tiap-tiap minggu selama 10 bulan berturut-turut aku disuapkan dengan aksi Champs League, UEFA Cup, EPL, La Liga, Serie A dan liga-liga lain.Tanpa kenduri kawen diorang ni semua, mungkin aku akan "culture shock" dan weekend aku akan berlalu begitu saja,huhu...

So, seruan kepada kumpulan pejuang berani makan pimpinan aku, bersiap-sedia untuk makan nasik free dan minum air sirap tiap-tiap minggu. Memecut ke hadapan untuk menyerang!!!

Monday, June 1, 2009

The Pilgrims

Seksyen 24, Shah Alam ---> Seksyen 16, Shah Alam

Manusia Itu : Berpindah rumah adalah perkara kedua paling memenatkan
Aku : Apa pula perkara yang paling memenatkan?
Manusia Itu : Perkara paling memenatkan adalah apabila rumah yang ko pindah tu adalah flat tingkat 4 dan takde lif

Ya, aku dan housemate telah berpindah ke "markas" baru bertempat di seksyan 16, Shah Alam. Aku terpaksa amik emergency leave utk setelkan semuanya. So sekarang annual leave aku telah menjadi -ve 3 hari.

Disebabkan kebelakangan ini aku amat malas beriadah, otot sudah semakin lembik dan semalam aku rasa amat menyakitkan bila aku terpaksa mengangkat sendiri semua barang. Apatah lagi dengan tangan dan badan sebelah kiri aku yang masih terasa kesan eksiden tempoh hari, terpaksalah aku gagahkan diri jugak sebab aku bukan Edward Elrich yang memiliki tangan kanan metal.

So hari ni seluruh badan aku menggigil sebab "muscle shock" semalam. Minta kepada sesiapa yang pandai mengurut tampil ke hadapan untuk servis badan aku, haha

Hari ini, walaupun aku masih belum pulih sepenuhnya, tapi mood dan moral aku 100% mantap and aku sampai ofis kul 7 pagi beb!!!

So for my new house - Let's have a toast then...