Sudin (bukan nama sebenar) sedang makan tengahari di sebelah meja sekumpulan perempuan yang memang tak dapat di nafikan kecantikan mereka. Kemudian Sudin menjeling sikit untuk melempiaskan nafsu jantannya. "Wow, bra Hello Kitty. Pergh, dengan pakaian menjolok mata macam ni sori la diorang ni nak jadi bini aku" Sudin berkata pada kawannnya dengan nada yakin. Macam kau tu ahlil tabligh dekat Seri Petaling.
Lepas lunch Sudin straight forward balik ke ofis. Kot-kot boss nampak dia balik lunch awal, boleh upgrade sikit KPI tahun nih. On the way back to ofis, tiba-tiba Sudin berasa seperti dirinya sedang diekori. Hati Sudin berkata "ahah,bau wanita!!!". Lantas Sudin berpaling ke belakang and yes, seorang salesgirl yang cun berpakaian ala-ala Japanese pitgirl datang pada Sudin dan di belakangnya ada aura yang langsung mengaktifkan kuasa orgasma yang ada dalam diri Sudin.
"Ni mesti nak jual ape-ape nih" kata Sudin. Agakkan Sudin tepat. Salesgirl itu adalah penjual rokok Winston special edition, beli satu dapat 1 free lighter dengan 1 kotak cover yang lawa. Setelah dipujuk rayu untuk beberapa ketika, Sudin pun membeli rokok itu dengan harga rm8.90. dan balik ke ofis
Semasa di lif, barulah Sudin tersedar...."sebab apa aku beli rokok ni?"
..."aku bukannya seorang smoker"...
Sementara itu di rumahnya, salesgirl itu tersenyum melihat komisyen untuk hari ini sambil mengenang nasib lelaki macam Sudin dan sudah semestinya macam aku jugak
.jpg)
bodh punye sudin
ReplyDeletebravo sudin. ini membuktikn bhwasanye sudin adelah lelaki normal, not GAY. kekeke. abg blogger, boleh u bagi i kontek number sudin x. i nk berkenalan la.
ReplyDelete