Tuesday, May 26, 2009

Deja-V00

Iskandar,28  sedang duduk ditepi gigi air di Pantai Morib sambil memerhatikan member-membernya yang lain bermain air bersama-sama couple masing-masing. "Siyot korang,dapat awek terus lupakan aku eh. Tapi rasa rugi pulak kalo takde awek time-time macam nih", keluh Iskandar seorang diri lalu teringat pada Rozana,gadis yang meninggalkannya 3 bulan lalu kerana terpikat pada lelaki yang lebih kaya dan sudah berumur."Ah,itu kisah lama, life must go on bro", bisik Iskandar pada dirinya.

Sedang Iskandar melilau melihat orang disekelilingnya, tiba-tiba matanya terpana melihat seorang gadis yang cun paras rupanya sedang duduk berseorangan sambil bermain gigi air. Lalu sebagai lelaki yang desperate Iskandar pun pergi duduk di sebelah wanita itu dan memperkenalkan diri. Kot-kot la boleh bawak join member-membernya bermain air. Gadis itu pun memperkenalkan dirinya sebagai Liza, 26. Lalu mereka pun berbual panjang...

Iskandar : Eh,lama-lama kita borak ni, awak datang sorang ke atau datang dengan kawan-kawan?
Liza : Taklah,datang dengan family
Iskandar : Ooo,mana family awak?
Liza : Ada tu ha tengah main air dekat sana tu, saya malas nak join diorang, penat la (sambil menunjuk ke arah ayah dan adik-adiknya)
Iskandar : Wah, seronok satu family pegi pantai macam ni. Ayah saya dulu, memang sori la kalau dia nak bawak saya pegi pantai macam ayah awak ni,haha (Iskandar berseloroh sambil mengutuk bapaknya sendiri tanpa sedar)
Liza : Hehe, mesti la, kalau awak nak tau, ayah saya tu memang sporting orangnya tau.
Iskandar : Kalau macam tu, jom la join kitorang main air kat sana
Liza : Tak mau la
Iskandar : Kenapa pulak? Tadi awak kata ayah awak tu sporting kan? Mesti dia tak marah punya, kita bukan buat benda tak baik pun
Liza : Awak ni, ayah saya tu memang la tak marah, tapi husband saya mesti marah
Iskandar : Hah, husband, awak dah kawin ke???

Tiba-tiba orang yang Liza bahasakan sebagai "AYAH" itu menjerit memanggilnya, "Ayang, jom la main air dgn kitorang, seronok tau,rugi tau kalau you tak join!!!". Sambil tangannya melambai ke arah tempat Liza dan Iskandar duduk...

Iskandar : Aaayang...???

...TAMAT...

1 comment: