Satu hari aku duduk menghadap rancangan Seven Wonders of Ancient Rome @ Discovery Channel. Kemudiannya aku berfikir tentang apa yang aku sedang lakukan dan apa yang sedang berlaku pada tahap evolusi diri aku sekarang ini. Andai ada peluang untuk aku menembusi ruang masa, mahu saja aku berpatah semula ke salah satu titik kehidupan aku pada masa lalu. Pasti akan aku ubah segalanya supaya aku jadi lebih baik daripada diri aku hari ini. Tetapi persoalannya, apa pula yang aku perlu ubah? Perlukah aku letakkan diri aku di hadapan segerombolan askar roman yang berkelajuan super-pantas demi untuk menakluk dunia?
Andai ini semua berlaku, tidak akan ada metafora megatakan yang hidup ini adalah satu perjudian!!! Yang penting, fikirkan tentang bagaimana caranya kau mahu menang walaupun dengan kad yang sebegini buruk...open your mind, use your illusion
.jpg)
hidup adalah satu perjudian...
ReplyDeletekadang2 kite menang..kdang2 kite kalah...
main judi mmg feberet aku woooo